Surah Al-Asr merupakan sebuah surah dalam Al-Quran yang banyak dihafal oleh kaum muslimin kerana pendek dan mudah dihafal. Namun sayangnya, sangat sedikit diantara kaum muslimin yang dapat memahaminya. Padahal, meskipun surah ini pendek, akan tetapi memiliki kandungan makna yang sangat mendalam.
Syekh Muhammad Abduh menyatakan bahawa masyarakat Arab apabila hari telah petang, duduk bercakap-cakap membicarakan soal-soal kehidupan dan cerita-cerita lain yang berkenaan dengan urusan hidup sehari-hari, banyak pula yang bermegah-megahan asal usul nenek moyang, kedudukan serta harta kekayaan, akibatnya terjadi pertengkaran dan saling menyakiti hati sehingga menimbulkan pertikaian dan permusuhan. Melihat kenyataan yang demikian itu sebahagian mereka ada yang mengutuk waktu asar adalah waktu yang celaka. Menurut mereka banyak bahaya terjadi pada waktu asar.
Berkaitan dengan kisah ini, maka turunlah surah al-Asr yang memberikan penjelasan bahawa waktu Asr tidak salah, kesalahan sebenarnya adalah pada manusia yang menggunakan waktu tersebut dari hal-hal yang tidak terpuji.








