Thursday, January 23, 2020

SURAH 103

Surah Al-Asr merupakan sebuah surah dalam Al-Quran yang banyak dihafal oleh kaum muslimin kerana pendek dan mudah dihafal. Namun sayangnya, sangat sedikit diantara kaum muslimin yang dapat memahaminya. Padahal, meskipun surah ini pendek, akan tetapi memiliki kandungan makna yang sangat mendalam.

ASBABUN NUZUL
Syekh Muhammad Abduh menyatakan bahawa masyarakat Arab apabila hari telah petang, duduk bercakap-cakap membicarakan soal-soal kehidupan dan cerita-cerita lain yang berkenaan dengan urusan hidup sehari-hari, banyak pula yang bermegah-megahan asal usul nenek moyang, kedudukan serta harta kekayaan, akibatnya terjadi pertengkaran dan saling menyakiti hati sehingga menimbulkan pertikaian dan permusuhan. Melihat kenyataan yang demikian itu sebahagian mereka ada yang mengutuk waktu asar adalah waktu yang celaka. Menurut mereka banyak bahaya terjadi pada waktu asar.

Berkaitan dengan kisah ini, maka turunlah surah al-Asr yang memberikan penjelasan bahawa waktu Asr tidak salah, kesalahan sebenarnya adalah pada manusia yang menggunakan waktu tersebut dari hal-hal yang tidak terpuji.

AYAT 1

Demi Masa!
(Al-Asr 103:1)

Dalam surah ini, Allah telah bersumpah dengan masa. Masa adalah perkara yang selalu disesali oleh manusia. Ada orang yang ingin memutar kembali masa untuk menebus semula kesilapan yang dilakukannya. Ada orang yang ingin memutarkan kembali masa lalu untk mendapatkan nikmat kesihatan. Ada orang yang ingin memutarkan masa untuk kembali memanfaatkan masa bersama-sama insan yang disayanginya. Ada yang ingin memutar masa kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan dan keteluasan.
Peringatan bagi kita semua
Malah dengan sebab masa, orang yang telah meninggal dunia memohon hidup semula untuk beramal, orang kafir memohon hidup semula untuk kembali beriman. Demikianlah betapa berharganya makhluk bernama masa yang Allah SWT bersumpah dengannya.

Masa seperti modal sebuah perniagaan untuk mendapat keuntungan. Masa dan medium, perniagaanya adalah amal soleh dan keuntungannya adalah syurga yang dijanjikan Allah. Tiada modal dan pengurusan modal yang terbaik maka perniagaan tidak boleh dijalankan dan akhirnya tidak memperolehi keuntungan yang diharapkan.



AYAT 2

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-Asr 103:2)

Jika diperhatikan, kebanyakan kita hari ini leka dan lalai, banyak menghabiskan masa untuk berhibur dan hanya sedikit masa untuk membuat kebaikan dan beribadah. Padahal ketika usia muda dengan tenaga yang masih kuatlah seharusnya digunakan untuk melakukan sebanyak-banyaknya amal.
Sesungguhnya dalam kehidupan yang aku lalui selama ini, entah berapa banyak dosa yang telah aku lakukan kepada mu Ya Allah, begitu juga dosa aku sesama manusia. Sesungguhnya aku benar-benar betaubat di atas segala kesalahan dan dosa aku selama ini. Ya Allah ampunilah Aku.
Sehubungan itu mengurus waktu menurul pandangan Islam harus mencakupi tiga perkara :
1. Merenung Masa Lalu
Ia bertujuan untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di samping menjadikannya sebagai pengajaran. Masa yang berlalu merupakan satu khazanah yang akan memberi pengajaran pada masa akan datang.

2. Merenung Masa Sekarang
Ia bertujuan untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Inilah masa yang tepat untuk memperbaiki kesilapan  dan dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya kembali. Menyedari perkara itu, wajar untuk kita berhati-hati agar masa yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

3. Merenung Masa Hadapan
Ia bertujuan untuk membuat perancangan rapi kerana sudah menjadi lumrah, masa hadapan perlu dihadapi sama ada suka atau tidak. Apa yang akan berlaku memang sukar hendak diduga kerana manusia hanya mampu membuat perancangan. Aku sendiri pun tidak tahu berapa lama lagi aku diberi Allah nyawa untuk hidup di dunia ini. Percayalah, seteliti mana pun perancangan dilakukan ia tidak memberi gambaran apakah bentuk yang akan dihadapi kelak. Hanya Allah jua sebaik-baik Perancang.

AYAT 3

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3)
Dalam dua ayat sebelum ini, kita telah membincangkan bagaimana masa sudah suntuk dan bagaimana keadaan kebanyakan manusia berada dalam kerugian yang besar kerana mereka leka dengan kehidupan mereka.

Dalam ayat ini, jalan penyelesaian untuk menyelamatkan diri dari kerugian itu telah diberikan. Kita perlu ambil perhatian, kerana diketahui semua manusia rugi, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Mereka yang ada empat ciri ini sahaja yang akan selamat.

Orang-Orang Yang Beriman

Yang dimaksudkan dengan iman itu diambil pada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah SWT dan Rasulnya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.