Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-Asr 103:2)
Jika diperhatikan, kebanyakan kita hari ini leka dan lalai, banyak menghabiskan masa untuk berhibur dan hanya sedikit masa untuk membuat kebaikan dan beribadah. Padahal ketika usia muda dengan tenaga yang masih kuatlah seharusnya digunakan untuk melakukan sebanyak-banyaknya amal.
Sehubungan itu mengurus waktu menurul pandangan Islam harus mencakupi tiga perkara :
1. Merenung Masa Lalu
Ia bertujuan untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di samping menjadikannya sebagai pengajaran. Masa yang berlalu merupakan satu khazanah yang akan memberi pengajaran pada masa akan datang.
2. Merenung Masa Sekarang
Ia bertujuan untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Inilah masa yang tepat untuk memperbaiki kesilapan dan dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya kembali. Menyedari perkara itu, wajar untuk kita berhati-hati agar masa yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
3. Merenung Masa Hadapan
Ia bertujuan untuk membuat perancangan rapi kerana sudah menjadi lumrah, masa hadapan perlu dihadapi sama ada suka atau tidak. Apa yang akan berlaku memang sukar hendak diduga kerana manusia hanya mampu membuat perancangan. Aku sendiri pun tidak tahu berapa lama lagi aku diberi Allah nyawa untuk hidup di dunia ini. Percayalah, seteliti mana pun perancangan dilakukan ia tidak memberi gambaran apakah bentuk yang akan dihadapi kelak. Hanya Allah jua sebaik-baik Perancang.


No comments:
Post a Comment